dalam satu sekatan jalan raya
Polis : Pak cik , boleh saya tengok LESEN ?
Pak Cik : Duit berapa SEN encik nak??
Sepuluh SEN?? Dua puluh SEN??
Polis : Ish , bukan pak cik , saya nak cakap saya
saya mahu tengok lesen PAK CIK.
Pak Cik : Terima kasih sajalah , encik...
pak cik bukannya budak keCIK...
Polis : ( Garu kepala...) Tak apalah bagi saya
tengok kad PENGENALAN?
Pak Cik : LAN typewriter tu ??? Isy , pak cik
memang minat dia tu ,suara dia memang sedap .Encik pun minat diakah?
Samalah kita ya!
Polis : ( Aduh , peningnya!) Emm..rumah
pak cik kat MANA ?
Pak Cik : Pernahla dulu sekali pak cik pergi
ISTANA . Maklumlah , pak cik ni tok bomoh hebat!
Anggota polis yang cuba menahan sabar itu akhirnya
menanyakan soalan yang dari tadi bermain dalam fikirannya
Polis : Pak cik ni PEKAK ya?
Tanpa berfikir panjang , pak cik pun menjawab :
Pak cik : pak cik memang PEKAK pun!
Polis : Grrrr ( sabar ajalah )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan